Agaknya dah suratan takdir.. kami begitu selesa dan gembira menjalani kehidupan alam persaraan. Agaknya apa yang kami lakukan semasa bertugas diberkati dan dirahmati Allah…. InsyaAllah..
Tapi dek dah biasa dengan `kerja…kerja…kerja’ bila tak ade kerja ni…rasa bingung lak..Mulalah memikirkan aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi masa terluang….
Inilah hasilnya…

...karipap sejuk beku..

Step 1

Step 2

Step 3

Step 4

Step 5
Setakat ni… hanya ada inti sardin dan inti kentang/daging sahaja.
Alhamdulillah…sehingga ini penerimaan pelanggan amat menggalakkan… Kami amat berterima kasih atas sambutan ini hingga kadangkala terpaksa tidur lewat kerana semua bentuk persediaan dibuat secara `manual’ dan tradisional. Ada cadangan untuk menggunakan teknologi moden, tapi mungkin belum masanya lagi…
Mohon Allah anugerahkan kesihatan dan kemampuan untuk terus berusaha…
Dalam pada tu..ade lak `ujian’ yang di`kenakan’ pada kami… Diam-diam… anai-anai turut berkenan untuk menumpang di rumah kami. Terpaksalah berusaha sedikit untuk menghapuskannya… memandangkan kesan buruk yang akan berlaku jika dibiarkan…

...anai-anai mula menyerang ruang tamu

Cara penghapusan `Kaedah Mengumpan`

Umpan untuk dibawa anai-anai ke sarangnya

Umpan diletakkan pada `jalan/lorong' anai-anai

InsyaAllah…. ujian yang kami hadapi dapat kami jalani dengan tenang di samping menadah tangan pohon restu dariNya..


































Komen Terkini