Pages

RAMADHAN… SYAWAL… DATANGLAH LAGI…

Ramadhan 1430H, kali ini membawa pelbagai kenangan. Kali ini aku berpuasa 28 hari kerana pada 2 Ramadhan terpaksa `ponteng’ dan pergi ke Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang….. sakit dada… Nasib baik tak kena masuk Wad Jantung…tempat aku selalu dok pi..Doktor kata…keadaan ni berlaku kerana perubahan mendadak dalam sistem penghadzaman…OK…Encik boleh balik dulu.. kalau sakit lagi …datang. Lega…

Shawal tahun ni…Hijrah 1430 (2009) sungguh mengembirakan. Semua anak-anak (4 orang jer) bersama dengan kami di SP. Yang dari Arau, UTP Tronoh, USM dan UK pun balik… dg menantu dan cucu sekali..

Cucu ku..Afwan Daniel

Cucuku Afwan Daniel, siap untuk dihidangkan....

Alhamdudlillah…puasa 1 + 6 hari dalam bulan Syawal…selesai ku jalankan dengan jayanya. Jadi Hijrah 1430 ni aku dan isteri beraya sakan..

Mula dengan `open house’ pada 22 Syawal (11 Oktober 2009) kat Shah Alam rumah abang ipar (Abdullah & Rahimah) untuk bertemu dengan seluruh keluarga keturunan WAKSA di Selangor. Hebat… hampir 200 ahli keluarga yang hadir termasuk penyanyi Nasser Wahab dan Lah VE (dulu..) Majlis selesai dengan sesi bergambar untuk rekod.

Khemah `open house`Keluarga Waksa

Khemah `open house`Keluarga Waksa

Abang Lah melayan tetamu

Abang Lah melayan tetamu

...antara juadah yang disediakan..

...antara juadah yang disediakan..

Setelah beberapa `open house` akhirnya kami ke Gong Kedak, Besut, Terengganu…rumah adikku Kol. Shamsuri Hj Alias, base commandan kat sama… `Open house`nya …hebat..semuanya disiapkan dan disediakan…{rumah bos ler) aku tumpang sekaki jadi bos…(abang bos)…puuuh..hebat…

...senyum seorang boss..

...senyum seorang boss..

...segala-galanya disedia dan disiapkan...

...segala-galanya disedia dan disiapkan...

...aku tompang sekaki...

...aku tompang sekaki...

Trip kami berakhir dengan melancong ke Melaka pada 1 Zulkaedah 1430… kali ini kami bersama adik perempuan ku Nor Hasni serta suaminya Mohd Lasim…. dua-duanya dah pencen. Kami enjoy kat Melaka sehingga malam jam 10.00 baru sampai balik ke Kajang…

Menara Taming Sari dari Melaka River Cruise

Menara Taming Sari dari Melaka River Cruise

...isteriku, adikku dan suaminya..kat skylif menara Taming Sari, Melaka...

...isteriku, adikku dan suaminya..kat skylif menara Taming Sari, Melaka...

Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka

Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka

...aku kat masjid Selat Melaka

...aku kat masjid Selat Melaka

...view from Melaka River Cruise..

...view from Melaka River Cruise..

Melaka River Cruise

Melaka River Cruise

Alhamdulilah terima kasih kapada anak-anak, abang, adik-adik dan semua yang mengembirakan kami..

Silaturrahim dan kasih sayang dan persaudaraan yang berlandaskan ukhwah Islamiah pasti menampilkan kebahagian dan kesejahteraan yang abadi…berbanding segunung intan yang hanya mampu `membahagiakan` berteraskan `kebendaan` yang sementara pada hakikatnya”.

 

InsyaAllah …jika ada rezeki..kita jumpa lagi..

4 comments to RAMADHAN… SYAWAL… DATANGLAH LAGI…

  • hehe…memang beshhh… saya pun dah tambah 3kg ni…dok makan makan makan…kekekeke… kalo saya dah pencen, saya ikut je pi melaka tu… :)

  • norela saaid (lela majnun)

    Ini lah ke istimewahanya beraya dinegara sendiri, dapt berjumpa dengan adek beradek,sanak saudara dan sahabat handai.Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain
    sepanjang 9 tahun merantau di negara orang,keindahan, kegembiraan nya tak ada persamaan.Rasanya kalau bolih ambik cuti bergaji berbulan2 kan cantik mesti balik punya……….

  • InsyaAllah, dengan izin dan inayahNya…kita dapat beraya bersama-sama di tahun-tahun yang akan datang…InsyaAllah

  • wahhh…pah uda pun ada jenguk blog abah ye? hehe…beshhh…

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>